Sebanyak 2,155 daripada 2,350 koperasi sekolah di seluruh negara mencatat keuntungan sekurang-kurangnya mendapat perolehan RM250,000 setahun.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, terdapat dua koperasi sekolah yang mencapai perolehan lebih RM1 juta setahun.
Menurutnya, berdasarkan statistik, 500 koperasi sekolah yang terlibat dalam sektor peruncitan antara yang memperoleh keuntungan tinggi.
“Koperasi sekolah perlu mendapat sokongan padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar peranan koperasi dapat diperluaskan.
“Koperasi sekolah ada potensi jika semua pihak memainkan peranan dengan betul,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Jom Gegar di SMK Gambang, semalam.
Turut diadakan, perasmian Koperasi SMK Gambang.
Turut sama, Pengetua SMK Gambang, Ibrahim Mat Akil dan Yang Dipertua PIBG SMK Gambang, Ahmad Mawardi Abu Bakar.
Abdul Fattah berkata, daripada jumlah keseluruhan koperasi sekolah yang ada, hanya segelintir tidak aktif dan kerugian.
Menurutnya, hanya 195 koperasi sekolah dicatatkan berdepan kerugian disebabkan faktor tertentu.
“Kita tidak akan membiarkan koperasi berkenaan terus rugi tanpa langkah memulihkannya menerusi pelaksanaan program yang dapat menjana pendapatan.
"Tahun lalu, Angkasa mencatatkan perolehan RM33.5 bilion dan RM333 juta hasil sumbangan aktiviti koperasi sekolah," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor