Tiga pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil invoasi Dou Jeli madu yang mereka berjaya menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia, awal bulan ini.
Pelajar tersebut ialah Muhammad Aliff Furqan Abdul Ghani, Muhammad Afiq Ikmal Mohd Yusof dan Sofia Balqis Mohd Faisal dari tingkatan empat menang dengan hasil Inovasi Duo Jeli Madu Tinggi Antioksida: Mencegah dan Merawat Penyakit Radikal dalam pertandingan yang berlangsung pada 6 hingga 8 September lalu anjuran Persatuan Promosi Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa (INNOPA).
Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Zulkifle Ali berkata, projek inovasi itu dihasilkan pelajar berkenaan dengan kerjasama Yayasan Pahang (YP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan.
Menurutnya, kajian terbabit dilakukan tiga pelajar berkenaan telah menemukan khasiat dalam campuran dua madu keluaran tempatan iaitu madu tualang dan madu kelulut yang boleh mencegah kanser serta merawat penyakit radikal berkaitan kardiovaskular.
"Mereka menjalankan kajian terperinci selama lima bulan di makmal UIAM dan mendapat bimbingan daripada Pembantu Profesor Sains Kesihatan UIAM, Dr Muhammad Ibrahim dalam proses menghasilkan produk jeli berasaskan campuran madu.
"Kajian dijalankan tiga pelajar ini adalah yang pertama dan belum pernah diketengahkan oleh mana-mana pihak di Malaysia," katanya ketika mengadakan sidang media di Auditorium MTNP di sini.
Tambahnya, mereka adalah perintis muda yang menggalas cabaran untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor