Pages

Thursday, September 8, 2016

[KUANTAN] MB LAPOR POLIS ISU FITNAH GANGGU SIASATAN SPRM





Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob membuat laporan polis hari ini berikutan fitnah yang dilakukan ke atas beliau berkaitan laporan polis Angkatan Muda PKR dan Ahli Parlimen Kuantan pada 2 September lalu.

“Pihak SPRM, saya percaya sedang menjalankan siasatan. Tapi dari 2 haribulan hingga sekarang saya dapati ada 9 artikel dalam sosial media yang membuat tajuk-tajuk berita yang memburukkan Menteri Besar, sedangkan pihak SPRM sedang menjalankan siasatan.”

“Butir-butir nanti mengenai Kuantan Parade sebagainya itu nanti biarlah SPRM yang akan tentutan. Saya boleh jawab tapi saya tidak mahu mencampuri urusan siasatan SPRM. Biar SPRM siasat tapi pada ketika yang sama saya terpaksa membuat laporan polis ini kerana ada 9 artikel yang tidak bertanggung-jawab yang mencampuri urusan SPRM. Biar polis siasat dulu dan kalau ada kesalahan yang terbukti… saya harap pihak polis akan ambil tindakan ke atas mereka berdasarkan perundangan yang sedia ada.” kata Dato’ Sri Diraja Adnan.

Beliau juga akan menangguhkan hak untuk mengambil tindakan terhadap 9 penulis-penulis itu dan juga terhadap mereka yang melaporkan kepada SPRM tadi selepas segala siasatan SPRM dan menagguhkan hak untuk mengambil tindakan terhadap mereka di bawah undang-undang fitnah.
            





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor