Pages

Saturday, September 17, 2016

[KUANTAN] JKM CARI WARIS KANAK-KANAK OKU


JKM cari waris kanak-kanak OKU


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris seorang kanak-kanak OKU.

Siti Nurull Najiha Abdullah, 7, ditinggalkan ibunya yang dikenali sebagai Norziewanny Noor Zahar, 27, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, ketika usianya tujuh bulan.

Pelindung PKMD Kuantan, Zalina Yusoff berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital selepas terjatuh dari buaian, namun selepas selesai rawatan, dia tidak dituntut.

Menurutnya, pihak HTAA menyerahkan Siti Nurull Najiha kepada Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) untuk disiasat kerana mengesyaki terdapat kesan kecuaian.

“Siti Nurull Najiha hanya mampu terbaring dan tak boleh berjalan namun boleh duduk sekiranya dipangku.

“Dia juga alami masalah pembelajaran dan lewat perkembangan, maka JKM mendaftarkannya sebagai OKU serta menempatkannya di rumah Sinar Harapan.

“Sehingga kini, cubaan mengesan ibu dan keluarga kandung kanak-kanak terbabit, gagal,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 09-5724220.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor