Gua Musang - Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang berdekatan kandang kuda, Kampung Kundur, di sini, kira-kira jam 6.45 petang semalam.
Mangsa, Muhamamad Naqib Rifqy Musal Hamri, 5, dikatakan hilang semasa bersama keluarganya di dusun buah dokong berdekatan kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail, mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa, Norfadilah Daud, 25.
"Berdasarkan laporan yang dibuat, semasa ahli keluarga sibuk mengambil buah dukung, mangsa bersama seorang saudaranya lari ke dalam hutan.
"Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka berjaya dipegang manakala mangsa gagal dikesan. Mangsa memakai t-shirt warna biru terang dan seluar pendek warna biru.
"Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan orang awam," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor