Pages

Saturday, September 17, 2016

KAMPUNG PALING BERBAHAYA DI CHINA


Kampung paling berbahaya di China


Dikenali sebagai 'kampung paling berbahaya di China', penduduk di kampung Guoliang tinggal di atas cenuram yang menegak pada ketinggian 1,700 meter.

Apa yang lebih menakutkan ialah satu-satunya jalan keluar dari kampung itu ialah terowong batu di tepi tebing yang curam.

‎Di huni kira-kira 83 buah keluarga dengan jumlah penduduk seramai 329 orang, kampung ini majoritinya terdiri daripada mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian.

Dipercayai mereka tinggal di kampung tersebut sejak lebih enam abad lalu.

Perkampungan dan terowong batu itu tidak begitu diketahui orang ramai sehingga baru-baru ini apabila pelancong mula pergi ke sana dan sejak itu ia mula dikenali dan menjadi viral di China.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor