Pages

Tuesday, September 13, 2016

DIPENJARA HALANG TUGAS PENJAWAT AWAM


Dipenjara halang tugas penjawat awam


Johor Bahru - Seorang tukang masak dijatuhkan hukuman penjara lima bulan bermula hari ini apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas-tugas jawatannya, Jumaat lalu.

Tertuduh, Nur Haslinda Abdullah, 29 mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduj didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4.30 petang di Kawasan Jalan Tebrau Kilometer 12 Menghala Kota Tinggi pada 9 September lalu.

Bagi kesalahan tersebut, Nur Haslinda didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara sampai dua tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor