Pages

Saturday, September 17, 2016

AGIH AL-QURAN DI HOTEL, RESORT


Agih al-Quran di hotel, resort


Kuala Terengganu – Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu telah berjaya mengagihkan hampir 1,600 naskhah terjemahan al-Quran di 11 hotel dan resort di seluruh negeri Terengganu.

Pengerusinya, Norhana Abdullah berkata, selain menempatkan naskhah al-Quran di bilik-bilik hotel, persatuan itu turut menyediakan al-Quran terjemahan berserta rak informasi Islam untuk ditempatkan di lobi hotel dan resort di sekitar Terengganu.

Menurutnya, projek al-Quran yang telah bermula sejak tahun 2012 itu telah berjaya mengagihkan al-Quran terjemahan di Primula Beach Hotel, Terrapuri Heritage Village, Setiu, Tanjong Vista, YT Midtown, Hotel Permai, Riyaz Heritage, Pulau Duyong.

Selain itu, Hotel Tabung Haji, Hotel Prinzpark, Hotel Grand Continental, Hotel Sumai Apartment dan terbaru, Awi& Yellow House.

"Bagi meneruskan usaha dakwah kami, jika ada rakan-rakan bukan Islam yang berminat untuk mempelajari dan memahami Islam, boleh hubungi persatuan dan kami akan poskan al-Quran terjemahan mengikut pilihan bahasa yang dinginkan.

"Setakat ini kami mempunyai terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan Thai," katanya yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Negeri Terengganu.

Jelasnya, usaha memberi Al-Quran percuma kepada kalangan bukan Islam yang berminat itu adalah bagi membolehkan mereka mempelajari dan memahami Islam.

Menurutnya, jika sesiapa berminat boleh menghubungi talian 013-9927675/012- 9018888 atau dfitrah.trg@gmail.com.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor