Kuala Lumpur - Polis empat lelaki yang yang disyaki terbabit dalam kejadian menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Sahib Ansar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lepas, masih berada dalam negara.
Justeru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata gerakan memburu empat individu warga tempatan itu sedang giat dijalankan.
"Kami percaya kesemua mereka sedang bersembunyi," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata lima individu yang ditahan dalam insiden itu sebelum ini disambung reman selama dua hari sehingga esok .
Selasa lepas, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dilaporkan berkata serangan terhadap Ibrahim di KLIA dipercayai bermotifkan unsur politik dan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan.
Abdul Samah berkata ini berdasarkan kepada 47 laporan polis yang dibuat sebelum itu bagi membantah kehadiran bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke negara ini untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia.
Serangan pada Ahad lepas itu berlaku kira-kira pukul 3 petang selepas Ibrahim menghantar Menteri Industri Utama Sri Lanka, Daya Gamage.
Ibrahim lebam di muka dan badan dan mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor