Kuala Lumpur - Enam lelaki anggota Kongsi Gelap Geng 77 yang giat menjalankan sindiket pinjaman wang haram sejak tujuh tahun lalu telah ditahan polis sekitar Ipoh, Perak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah berkata, kesemua peminjam atau Along berkenaan yang berusia antara 22 hingga 48 tahun itu ditahan oelh Bahagian Operasi dan Risikan JSJK Bukit Aman dan Perak dalam operasi yang dijalankan bermula 11 pagi semalam.
Katanya polis turut merampas enam motosikal dan empat kereta jenis BMW, Mercedes-Benz, Perodua Myvi dan Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM500,000.
Selain itu, 13 telefon bimbit, satu komputer riba dan 61 kad ATM pelbagai bank dipercayai milik peminjam dirampas, katanya.
"Siasatan mendapati peminjam terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan suspek mengenakan kadar faedah antara tujuh hingga lapan peratus kepada peminjam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua suspek ditahan reman selama 21 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor