Pages

Saturday, August 13, 2016

PERNAH TERSEREMPAK DUA EKOR BERUANG


Maut dibaham beruang ketika cari durian


Penduduk kampung, Che Awang Yaakob, 64, mengakui haiwan buas seperti beruang dan harimau sentiasa berkeliaran di kawasan berkenaan dan pernah penduduk terserempak haiwan buas itu.

Katanya, pada tahun lalu, dua ekor beruang dijumpai di dusun berkenaan, namun ia lari ke dalam semak.

“Beruang memang ada dalam kawasan hutan itu tapi selepas dihalau, ia lari. Tiada siapa yang berani masuk dalam hutan pada waktu malam.

“Namun, arwah berani dan sebelum ini dia hanya berseorangan di dusun mengutip durian serta menoreh dalam situasi bersuluh di awal pagi. Walaupun kawasan kebun tak jauh dari rumah orang, namun bahaya tetap ada.

“Tambahanpula, arwah ada masalah pendengaran.


Mungkin dia tak dengar tapak atau bunyi haiwan yang datang,” katanya.

Che Awang berkata, dia mengenali Mat Didik lebih dekat kerana peribadi arwah yang suka menolong orang kampung dan mudah menghulurkan bantuan.

“Arwah rajin dan baik. Apa sahaja kerja, dia boleh buat. Panjat pokok kelapa, petik buah atau buang pelepah sekalipun. Kebanyakan orang kampung mengenalinya.

“Kejadian begini tak pernah berlaku di kawasan kampung ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor