Pages

Tuesday, August 16, 2016

[KUANTAN] KETUA 'TUHAN HARUN' MENINGGAL DUNIA




Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), hari ini.

Harun yang mengalami angin ahmar sejak 2013 meninggal dunia pada 4.30 petang ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital terbabit.

Peguam Harun, Hermes Putra Media berkata, Harun dimasukkan ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan keupayaannya memberi keterangan di mahkamah.

"Saya dimaklumkan beliau terpaksa diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.

"Bagaimanapun saya belum lagi mendapat maklumat terperinci punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harun sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013.

 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor