Pages

Friday, August 26, 2016

KECUAIAN KAKITANGAN PUNCA TUMPAHAN MERKURI


Merkuri


Kuala Terengganu - Insiden tumpahan cecair merkuri di Klinik Kesihatan Merchang, di Marang baru-baru ini hanyalah insiden kecil dan dikesan berpunca daripada kecuaian kakitangan klinik tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata, insiden itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya semua petugas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

"Sepatutnya semua peralatan yang digunakan perlu diletak, disimpan dan digunakan dengan berhati-hati agar tidak berlaku insiden seumpama ini, " katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai tumpahan merkuri yang berlaku di klinik itu pada Rabu lalu. 

Insiden itu berlaku apabila termometer yang berada di atas meja terjatuh dan pecah di atas lantai di sebuah bilik rawatan. 

Susulan itu Unit Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dikejarkan ke klinik berkenaan untuk membersihkan kesan tumpahan merkuri tersebut. 

Insiden serupa juga berlaku pada 20 Ogos di sebuah lagi klinik di Marang, yang melibatkan satu unit alat yang digunakan untuk memeriksa tekanan darah pesakit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor