Pages

Wednesday, August 24, 2016

AYAH TIKAM ANAK KERANA GAGAL PEPERIKSAAN


bunuh tikam


Tokyo - Seorang lelaki menikam anaknya yang berusia 12 tahun selepas gagal melepasi sebuah peperiksaan kemasukan ke sekolah swasta.

Kengo Satake, 28 ditahan polis selepas dihubungi pihak hospital yang merawat anaknya, Ryota sebelum mangsa meninggal dunia.

Kengo berulang kali mengatakan beliau 'tersilap menikam anaknya'.

"Ryota ditikam di bahagian dada dengan pisau sapur," kata jurucakap polis.

Polis menambah, Ryota maut akibat kehilangan banyak darah.

Menurut saudara-mara Ryota, mangsa sebelum ini berhasrat untuk memasuki sebuah sekolah swasta di Aichi.

Persaingan untuk memasuki sekolah yang terbaik di Jepun dikatakan sangat hebat sehingga mampu mempengaruhi masa depan seseorang.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor