Pages

Saturday, July 9, 2016

SUKMA: KELANTAN AKUR RAYUAN DITOLAK


Sukma 18


Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan akur dengan keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia ke-18 Sarawak (Sukma) menolak penyertaan pasukan bola sepak negeri itu beraksi pada temasya di Kuching dari 19 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Kontinjen Kelantan, Datuk Rosmadi Ismail berkata pihaknya terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka walaupun telah membuat rayuan sebelum ini.

"Sebelum ini kami menghantar pasukan bola sepak untuk beraksi dalam Sukma namun selepas temasya lepas di Perlis pada 2014, kita tak hantar kerana pasukan terlibat dengan masalah disiplin.

"Namun pada tahun ini, kita cuba buat rayuan supaya pasukan bola sepak dapat sertai Sukma kerana masalah tersebut telah diatasi namun terpaksa akur selepas rayuan ditolak," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera Sukma XVIII di Dewan MSN, di Telipot di Kota Bharu, semalam.

Penyerahan bendera Kelantan itu disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Jazlan Yaakub.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor