Pages

Monday, July 4, 2016

'SAYA REDA, MEREKA DATANG DAN PERGI BERSAMA'


'Saya reda, mereka datang dan pergi bersama'


Kota Bharu - "Saya reda, mereka datang (lahir) sekali (bersama), balik (meninggal) pun skali," kata Ahmad Latfi Mat@Mohamad, bapa kepada pasangan kembar Mursyida dan Munirah yang maut dalam kemalangan di Gua Musang jam 1.30 pagi tadi.

Ahmad Latfi yang ditemui di rumah mereka di Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat bagaimanapun mengakui sambutan Aidilfitri mereka kali ini tidak lagi bermakna.

Menurutnya, kali terakhir Musyida menghubunginya dua hari lalu memaklumkan mereka akan pulang semalam.

"Tidak ada sebarang perubahan ditunjukkan, dia hanya bagitahu nak balik dan minta saya sediakan keperluan supaya tekanan air lebih kuat sebab ramai nak guna.

"Saya dah siapkan dan penuhi permintaannya dengan memasang enjin," katanya kepada media di sini, hari ini.

Ahmad Latfi berkata, dia mengetahui tentang kejadian menimpa anak, menantu dan cucu- cucunya kira- kira jam 2 pagi selepas dimaklumkan anak keduanya yang berada di Pulau Pinang.

"Saya periksa nama anak-anak dan menantu dengan Hospital Gua Musang sebelum disahkan mereka terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor