
KUALA LUMPUR: Ketika skuad kebangsaan dipalit isu persaraan empat tonggak utama mereka, namun khabar gembira diterima selepas kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia naik enam anak tangga.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-167 berbanding 173 sebelum ini dalam senarai kedudukan ranking dunia yang dikemaskini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.
Aksi persahabatan di kepulauan Oceania sepanjang Ramadan lalu dilihat membantu Harimau Malaysia mengumpul mata dan memperbaiki kedudukan berkenaan.
Namun, ia masih jauh dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada jurulatih, Datuk Ong Kim Swee iaitu untuk berada di ranking ke-140 dunia.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor