KUALA LUMPUR 18 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong pada 28 Jun lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua suspek merupakan tangkapan terbaru selepas tertangkapnya 15 individu lain pada 28 Jun dan 1 Julai lepas.
"Kesemuanya dipercayai terlibat dalam kegiatan Daesh. Bagaimanapun, dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dan PDRM masih mengesan mereka," katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang ditahan.
Khalid ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Kejadian letupan di sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong itu menyebabkan lapan orang cedera, seorang daripadanya parah. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor