Hawaii - Tindakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang mahu membina tembok setinggi enam kaki di sekeliling rumahnya di pulau Kauai mendapat kritikan penduduk tempatan.
West Hawaii Today melaporkan jiran-jiran Mark mendakwa tembok berkenaan akan menghalang angin pantai yang sudah mereka nikmati sekian lama.
"Kami rasa tertekan. Sangat tertekan," kata penduduk Kauai, Gy Hall.
Isu berkenaan menjadi viral di laman Facebook baru-baru ini.
Sementara itu, jurucakap pengurus hartanah Mark di Kauai mengatakan tembok tersebut dibina mengikut undang-undang dan 'menepati citarasa' kawasan kejiranan.
"Tembok yang dibina sama seperti tembok yang dibina di lebuhraya yang bertujuan menghalang bunyi jalan raya dan kenderaan," kata Miles Radcliffe-Trenner.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor