Pages

Sunday, July 3, 2016

GAMBAR AIB PM: PENULIS BUKU DIREMAN


Gambar aib PM: Penulis direman tiga hari


Johor Bahru - Seorang penulis buku terkenal direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan terhadap kes menyebarkan gambar mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam kejadian Jumaat lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf membenarkan penulis direman sehingga Selasa ini selepas mengambilkira faktor kesihatan tertuduh yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Mengikut faktas kes, pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.00 pagi semasa pengadu berada di rumah di Senggarang, Batu Pahat menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar tidak senonoh Najib yang dihantar oleh penulis.

Pengadu mendapati gambar berkenaan telah diedit dan menjatuhkan moral pemimpin pertama negara.

Penulis pada mulanya ditahan polis di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini hingga 6 Julai (Rabu ini).

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia yang memakai baju lokap bewarna unggu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor