Kementerian Pengangkutan mewajibkan semua bas ekspres di negara ini memasang alat khas kawalan had laju kenderaan bagi memastikan semua pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemasangan alat itu berkuat kuasa serta-merta bagi bas baharu dan secara berperingkat bagi bas-bas yang sedia ada.
‘‘Kita dapati bas ekspres ini ada yang dipandu terlalu laju dan tidak mematuhi peraturan had laju yang ditetapkan di semua jalan raya utama di negara kita.
‘‘Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Komuniti Maju Bentong di Hentian Raya Bentong di sini hari ini.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor