Pages

Wednesday, June 15, 2016

PENYANYI DANGDUT DIPENJARA KERANA GANGGUAN SEKSUAL


mahkamah


Jakarta – Penyanyi dangdut popular Saipul Jamil dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Negeri Jakarta Utara di sini hari ini setelah didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki pada Februari lepas.

Menurut laporan berita portal, Ketua Hakim, Ifa Sudewi dipetik sebagai berkata mahkamah berpuashati dengan bukti-bukti kes dan Saipul didapati bersalah di bawah Fasal 292 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP).

Katanya, hukuman penjara tiga tahun itu adalah sesuatu yang telah diringankan berbanding permintaan pihak pendakwa yang mahukan penyanyi itu dikenakan hukuman tujuh tahun penjara.

Pada kejadian 18 Februari itu, Saipul, 36, didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki yang juga pembantunya di rumah beliau di Kelapa Gading di sini.

Remaja lelaki itu dikatakan mengalami trauma dengan kejadian itu dan kemudiannya membuat laporan polis dan Saipul ditahan di lokap sehingga hari ini.

Saipul pernah berlakon dalam filem tempatan.

Beliau sering dilantik sebagai anggota juri dalam pertandingan nyanyian anjuran stesen televisyen tempatan.

Saipul pernah berkahwin dengan artis tempatan Dewi Persik selama tiga tahun sebelum bercerai pada tahun 2008. Pasangan itu tidak mempunyai anak.


1 comment:

  1. Kalaula kes anwar tertunda smp skrg, jatuh hukum time bnyk kes pedofil, senyap sunyi PR agaknye.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor