Mahkamah Old Bailey menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kepada pedofil warga Britain, Richard Huckle, selepas mengaku bersalah terhadap 71 kes penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia.
Huckle, 30, dari Ashford Kent mengakui melakukan kesalahan terhadap mangsa berusia antara enam bulan hingga 12 tahun pada tahun 2006 hingga 2014.
Huckle dijangka akan berada di penjara sekurang-kurangnya 23 tahun.
Lelaki itu dipercayai mendera sehingga 200 kanak terutamanya golongan miskin di Malaysia.
Hakim Peter Rook berkata, ia adalah sangat jarang berlaku apabila seorang hakim perlu menjatuhkan hukuman kesalahan seksual oleh seorang individu serentak seperti ini.
"Ia juga jelas, jika anda tidak ditahan, anda merancang untuk meneruskan gaya hidup mengunakan kepakaran dan berkongsi dengan pendera yang lain dan meneruskan ekploitasi seksual terhadap kanak-kanak," kata hakim dipetik BBC.
Penyiasat mendapati lebih daripada 20,000 gambar tidak senonoh dan video yang memaparkan serangannya terhadap kanak-kanak dikongsi di seluruh dunia melalui sebuah laman web gelap.
Huckle juga cuba membuat perniagaan dengan mengumpulkan gambar -gambar tersebut dalam satu manual ketika dia ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan pada Disember 2014.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor