Pages

Thursday, June 30, 2016

PEDOFIL CUBA UMPAN MANGSA GUNA PSP


Pedofil cuba umpan mangsa guna PSP


Hasil pemeriksaan seorang ibu terhadap telefon anak lelakinya mendapati seorang pedofil cuba mengumpan anaknya untuk memberikan foto lucah melalui aplikasi pesanan ringkas.

Melalui salinan paparan perbualan di antara pedofil dan anaknya yang dimuat naik oleh ibu mangsa, pedofil berkenaan menjanjikan permainan video PSP untuk foto lucah tersebut.

Pedofil berkenaan didapati memulakan perbualan bersama mangsa Februari lepas dan berakhir pada Jun selepas 'kantoi' dengan ibu mangsa.

"Mohon ibu bapa di luar tengok aktiviti anak kita.. Facebook untuk berkawan sekolah tapi ada yang ambil kesempatan atas kenaifan anak-anak kita," kata ibu mangsa di Facebook.

Perkongsian ibu mangsa menjadi viral dan mengejutkan beribu-ribu pelayar dan mendapat perhatian lebih 12,000 pelayar lain.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor