Pages

Sunday, June 19, 2016

LELAKI ALAMI GANGGUAN MENTAL DITEMUI MATI TERGANTUNG


PDRM


Jempol - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan mental ditemui mati tergantung di sebuah rumah kosong di Taman Sornam, Bahau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian itu bapa saudara mangsa telah menghubungi polis kira-kira pukul 10.30 malam memaklumkan anak saudaranya itu telah menggantung diri.

Si mati berusia 38 tahun tidak bekerja dan mempunyai tiga anak, katanya.

"Si mati berpakaian lengkap dan tempat kejadian merupakan sebuah rumah kosong di mana keluarga dan bapa saudara si mati tinggal di rumah bersebelahannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari.

Noorzainy berkata, sebelum ini si mati pernah membuat laporan polis menyatakan beliau menghadapi masalah mental dan tidak berdaya meneruskan kehidupan.

Berdasarkan maklumat daripada keluarga terdekat mangsa sendiri menyatakan bahawa ia mempunyai gangguan mental.

Pemeriksaan fizikal ke atas si mati tidak mendapati sebarang kesan unsur jenayah, katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor