15.06.16. Kolej Yayasan
Pahang (KYP) menandatangani Perjanjian
Kefahaman (MOU) dengan International University Of Malaya-Wales (IUMW) hari ini bagi membuka peluang pelajar
tempatan mengikuti kursus bertaraf antarabangsa di Kuantan dan Wales.
Dengan MOU ini KYP-IUMW
akan menawarkan kursus baru, iaitu Foundation in Arts, BBA (Hons) in
International Business, Bachelor in Accounting, Bachelor of Computer Science (Hons)
dan Masters of Business Administration.
Kerjasama ini akan membolehkan pelajar di KYP-IUMW memulakan
pengajian di Malaysia dan menamatkan pengajian di Wales. Sementara pelajar di Wales juga boleh
menamatkan pengajian mereka di Malaysia.
Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob selaku
pengerusi Yayasan Pahang hadir menyaksikan majlis MOU itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor