Pages

Tuesday, June 21, 2016

KETAGIH MAKAN BEDAK SELEPAS BERSALIN


Ketagih makan bedak selepas bersalin


Wight - Seorang wanita mengaku ketagih bedak talkum selepas melahirkan anak pertamanya.

Laporan Dailymail mengatakan Lizzie Foster, 25, sudah 'menelan' hampir satu tan bedak talkum.

"Saya makan bedak talkum hampir sepanjang masa. Saya makan bedak ketika sarapan dan ketika menonton televisyen," kata Lizzie.

Katanya, dia terpaksa membelanjakan RM4,752.04 untuk memuaskan ketagihannya tersebut.

"Ada pakar memberitahu ketagihan ketika mengandung berlaku disebabkan kekurangan vitamin D atau zat besi.

"Saya juga tidak bimbang mengenai sebarang komplikasi ketika mengandungkan anak pertama, Ruby. Saya muda dan lurus ketika itu," jelas Lizzie.

Difahamkan, ketagihan pelik Lizzie adalah disebabkan penyakit Pica, iaitu suatu 'eating disorder'.

Pica menyebabkan penghidapnya mahu memakan benda yang tidak mempunyai khasiat atau nutrien.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor