Pages

Thursday, June 9, 2016

GEMPA BUMI 6.2 MAGNITUT LANDA LOMBOK


Gempa bumi 6.2 magnitut landa Lombok


Mataram - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda luar pulau Lombok hari ini, menurut Geologi Amerika Syarikat namun tiada laporan kecederaan dan kerosakan dilaporkan.

Memetik Reuters, gempa bumi melada 234km selatan Lombok, pada kedalaman 29KM turut mengejutkan pelancong di pulau peranginan Bali di Indonesia.

Menurut Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa bumi agak kuat dengan gegaran berlaku selama 3 ke 4 saat tetapi tidak mencetuskan amaran Tsunami.

Sementara itu, saksi berkata, gegaran berlaku beberapa ketika dan orang ramai berlari keluar dari kediaman masing-masing dalam keadaan panik.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor