
Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Kayong maut ditembak dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.
Menurut PKR dalam satu kenyataannya pagi ini, Bill ditembak ketika berada di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop pagi ini.
Bill dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi kemas kini status di laman Facebooknya hari ini turut menggesa pihak polis agar dapat menjalankan siasatan dan memberkas penjenayah terlibat ke muka pengadilan.
“Keadilan menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas dan membawa mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan
“Keadilan juga mengucapkan takziah kepada keluarga Bill dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ini,” katanya.
Bill sebelum ini bertanding di kerusi Bekenu pada PRN Sarawak lalu namun kalah kepada calon BN, Rosey Yunus.
Selain itu, Bill juga merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor