
Colorado - Seorang ibu bergelut dengan seekor singa gunung yang menyerang anak lelakinya berusia lima tahun semasa dia sedang bermain dengan abangnya di luar rumah mereka di barat Colorado, kata polis.
Ibu kanak-kanak yang tidak dikenal pasti identiti itu mendengar jeritan dan bergegas ke luar rumah di barat laut Aspen dan mendapati singa sudah berada di atas badan anaknya, kata pejabat polis Pitkin.
Wanita itu berjaya menarik singa itu dari anaknya sementara bapa kanak-kanak itu menelefon polis dan membawa anaknya ke hospital.
Jurucakap hospital berkata, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di muka, kepala dan leher dan berada dalam keadaan stabil.
Ibunya dirawat dan mengalami kecederaan pada tangan dan kaki dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Timbalan polis dan seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang dari Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat menemui singa gunung di halaman rumah dan berjaya menangkapnya.
Pegawai mencari seekor lagi singa gunung yang didakwa saksi turut dilihat di kawasan itu sebelum kejadian.
Jurucakap, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Colorado, Jennifer Churchill berkata, terdapat dua mungkin tiga, kematian yang berkaitan dengan serangan singa gunung di negeri itu sejak tahun 1991 dan 16 orang cedera di serang singa sejak tahun 1970.
Serangan terakhir yang dilaporkan berlaku di negeri itu pada Julai 2015 apabila seekor singa menyerang seorang lelaki ketika memancing di sebuah kawasan terpencil di barat laut Colorado.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor