Pages

Thursday, June 16, 2016

[BERA] ‘SYUKUR MASIH ADA ORANG INGAT SAYA'


‘Syukur masih ada orang ingat saya’


Bukan mengharap tetapi jika nama tersenarai sebagai penerima sumbangan Ramadan, ia adalah sebagai tanda ingatan.

Itulah yang digambarkan Mek Kalsum Awang Teh, 77, yang menerima sumbangan barangan keperluan semasa Program Kembara Ramadan anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Guai, baru-baru ini.

Menurut Mek Kalsum, dengan keadaan dirinya yang kurang sihat dan terpaksa bertongkat, dia bersyukur kerana diberi peluang menikmati sumbangan itu.

“Saya bersyukur ada yang masih ingat pada saya, dapatlah jumpa YB (Yang Berhormat) dan orang kampung bila berkumpul macam ni.

“Boleh juga saya adu masalah saya terus kepada YB. Kalau boleh, nak juga bantuan tongkat (dua pemegang) sebab sekarang, guna tongkat ni saja,” kata Mek Kalsum sambil menunjukkan ‘tongkatnya’ (batang paip pvc).

Dalam pada itu, masalah Mek Kalsum mendapat perhatian Adun Guai, Datuk Norol Azali Sulaiman yang singgah di kampung itu bagi menyerahkan sumbangan.

Difahamkan, pihaknya akan segera mendapatkan tongkat baharu untuk Mek Kalsum bagi memudahkannya bergerak.

Cucu Mek Kalsum, Siti Khadijah Darus, 27, yang menerima sumbangan bagi pihak neneknya buat pertama kali, terharu dengan sumbangan itu.

Program Kembara Ramadan menjelajah 16 perkampungan tradisional, tanah rancangan Felda dan Orang Asli di bawah kawasan Dun Guai bagi menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukannya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor