Petaling Jaya - Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.
Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata TH secara keseluruhannya sudah menanggung subsidi haji sebanyak RM125 juta pada tahun lepas dan menjangkakan angkat itu meningkat kepada RM160 juta bagi musim haji tahun ini.
"Pada musim haji tahun lepas, TH telah menanggung sebanyak RM7,290 bagi seorang jemaah yang membolehkan bayaran itu kekal pada RM9,980 sedangkan kos haji meningkat kepada RM17,270 seorang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program tanggungjawab korporat tahunannya, Program Ehsan TH, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor turut menyifatkan bayaran haji RM9,980 yang dikekalkan sejak tahun 2007 sebagai sumbangan utama program tanggungjawab korporatnya khususnya menerusi pemberian subsidi untuk para jemaah setiap tahun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor