Pages

Friday, June 24, 2016

ADUN PKR MENGAKU TIDAK BERSALAH


 Chan Ming Kai


Kangar - Adun Indera Kayangan, Chan Ming Kai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan menghalang polis melaksanakan tugas dua bulan lalu.

Ming Kai didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tapak projek pembinaan struktur komunikasi oleh Syarikat Perlis Comm Sdn Bhd di Taman Mutiara, Seriab pada jam 8.30 pagi 6 April lalu.

Tertuduh didakwa berdiri di tengah jalan di tapak projek berkenaan serta bertindak menahan kenderaan yang membawa peralatan pemasangan menara, yang dalam kawalan polis. 

Adun daripada PKR itu dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Masjistret Mohd Azhar Hamzah kemudian membenarkan Ming Kai diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan dan pelantikan peguam. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C Parma.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor