
Kuala Terengganu - Sebuah tengkorak ditemui tersangkut pada batu di Pantai Teluk Ketapang di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, bagaimanapun rangka berkenaan belum dapat dikenal pasti sama ada ia berupa kerangka manusia atau haiwan keran saiznya yang kecil.
"Seorang individu menemui objek tersebut yang tersangkut pada batu lantas menghubugi pihak polis. Kita sedang mengenal pasti rangka tersebut sama ada ia milik haiwan atau manusia kerana juga terdapat bulu pada sebahagian tengkorak tersebut," katanya kepada Bernama.
Gambar rangka tersebut turut tersebar di laman sosial.
Beliau berkata tengkorak itu telah dihantar ke hospital.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor