
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima maklum kekosongan kerusi bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Makluman rasmi itu diterima daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Mesyuarat khas bincang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada 13 Mei," menurut SPR dalam satu kenyataan.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon.
Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Allahyarhamah Noriah meninggal dunia dalam satu insiden nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor