Kuala Kangsar - "Kita mahu pastikan BN kekal di Kuala Kangsar," itu reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mengulas persiapan BN bagi menghadapi PRK Kuala Kangsar P067, kelak.
Menurutnya, semua persiapan bagi menghadapi PRK berkenaan berada pada tahap terbaik.
"Semua ahli dilihat bersemangat untuk hadapi PRK Kuala Kangsar.
"Kita juga tahu semua parti komponen juga dah turun ke bawah dan adakan pertemuan awal. Semua dilihat bersemangat sekali, dengan semangat perpaduan, tiada perbalahan untuk kita pastikan BN teeus kekal di Kuala Kangsar," katanya.
Zambry berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Pertama BN Kuala Kangsar di Bilik Mesyuarat Safari (Resort Sungai Perak), petang semalam.
Sementara itu, Zambry berkata, pertemuan berkenaan dibuat bertujuan untuk memperkukuhkan lagi persiapan menghadapi PRK Kuala Kangsar.
"Saya dapat lihat wajah-wajah penuh semangat dalam kalangan ahli BN dan kita akan pastikan BN dapat dipertahankan di Kuala Kangsar," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor