Pengurusan Rayani Air bakal berkunjung ke setiap stesen-stesen syarikat penerbangan berkenaan di Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan KLIA2 bagi membantu dalam proses pembayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat.
Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook rasminya, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan bahawa pihak pengurusan akan terus komited dalam usaha pembayaran balik tiket penerbangan yang dibatalkan kepada penumpang.
“Pihak pengurusan akan datang ke setiap stesen Rayani Air iaitu Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu serta KLIA2 bagi membantu dalam proses bayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat yang mana ia merupakan keutamaan kami kepada pelanggan,” katanya,
Tambahnya, segala maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan pihak pengurusan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor