Pages

Thursday, May 12, 2016

RAHSIA BOTAK CHIN DIBUKA SELEPAS 35 TAHUN


 Rahsia Botak Chin dibuka selepas 35 tahun


Siapa yang tidak kenal dengan penjenayah terkenal, Botak Chin? Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin menjadi sebutan pada era 70-an selepas terlibat dalam kes rompakan berskala besar di negara kita selain mempunyai sikap tegar dan zalim kerana dia tidak akan ragu-ragu membunuh kawannya sendiri kalau dia dapati mereka cuba belot dengannya.

Memetik buku Kriminal The Untold Stroy, cacatan seorang wartawan Jenayah tulisan Syahril A. Kadir menyingkap beberapa rahsia mengenai Botak Chin yang mungkin ramai mereka 'di luar sana' yang tidak mengetahui mengenai kisah 'tersembunyi' Botak Chin.

Menurut Syahril, dia mendapat maklumat mengenai Botak Chin daripada pengawai polis yang paling dibenci Botak Chin, iaitu Tuan Kulasingam (Bahagian Penyiasat Jenayah).

"Botak Chin pernah mengarahkan konco-konconya menembak Tuan Kulasingam sehingga cedera parah, aku pernah sehari suntuk bersama dengan Kulasingam masa dia pencen polis untuk mendapatkan kisah mengenai Botak Chin.

"Pernah ketika Botak Chin dimasukkan ke penjara Pudu dulu, dia pernah merancang untuk bom penjara berkenaan, untuk tujuan itu dia sedikit demi sedikit sediakan bahan letupan seperti paku dan karbaid yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur oleh mereka yang melawatnya.

"Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Apabila wadar dapat tahu, dia pukul dan tikam wadar penjara itu setengah mati!," tulis Syahril.

Dalam pada itu, seorang timbalan menteri dalam negeri pernah diarah berjumpa dengan Botak Chin dekat penjara Pudu untuk menyelesaikan masalah 'keras kepala' Botak Chin.

"Hendak tahu apa Botak Chin buat? dia 'offer' pula timbalan menteri itu hasil duit rompakan yang dia simpan, janji dia dibebaskan dari penjara.

"Dan apabila timbalan menteri itu enggan melayannya, dia maki hamunnya timbalan menteri itu, sebab kononya melengahkan proses hukuman mati yang dikenakan keatasnya.

"Pasal apa simpan gua (saya), kasi makan, buang duit kerajaan. Gantung gua, bakar gua punya 'body' dan buang semua habuk dalam parit, apa tunggu lagi? takutkah?, jerit Botak Chin pada timbalan menteri itu," tulisnya lagi.

Namun pada akhirnya Botak Chin tidak mampu melawan takdir apabila dia menemui ajalnya pada 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, setelah digantung sampai mati dipenjara Pudu.

Nama Botak Chin adalah daripada tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), kerja (Tak), Chin (Cina), atau Cina tiada kerja bukan sebab dia berkepala botakl!.

SISI 'LUAR BIASA' BOTAK CHIN

Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu terdapat seorang lelaki yang telah diberi tanggungjawab untuk menganalisa Botak Chin ketika suspek itu diberkas polis dan telah dimasukan ke hospital bahagia Tanjung Rambutan.

Lelaki berkenaan adalah pengarah hospital berkenaan (ketika itu),Tan Sri Dr Mahadevan yang berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran ketika mengendalikan Botak Chin.

Bagi memantau tingkah laku Botak Chin di dalam wad mental itu, Dr Mahadevan telah memasang kamera tertutup di wad berkenaan. Tindakan ini langsung tidak disedari oleh Botak Chin.

"Selama pemerhatiannya menerusi sebuah 'monitor' khas yang disambung wayarnya dengan kamera tersebut, beliau mendapati Botak Chin seorang yang cukup berdisiplin, jauh daripada tanggapan orang sebelum ini. Menurut Dr Mahadevan setiap pagi lelaki itu akan membuat latihan senaman tai chi dibiliknya.

"Botak Chin juga hanya meminta sebuah televisyen dibiliknya dan setelah permintaannya ditunaikan, dia habiskan masanya dengan menonton TV hingga tamat siaran.

"Yang paling beliau tidak lupa setiap kali TV mainkan lagu Negaraku ketika tamat siaran, setiap kali itu jugalah Botak Chin akan bangun berdiri sebagai tanda hormat," tulisnya lagi.

Sementara itu, menurut Mahadevan lagi, Botak Chin juga digilai ramai wanita hingga menyebabkan Hospital Bahagia itu sentiasa dihujani panggilan mereka yang bertanyakan keadaan penjenayah berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Dr Mahadevan, Botak Chin menafikan yang dia gemar membunuh, sebaliknya penjenayah itu mendakwa tidak pernah melepaskan tembakan (kecuali terpaksa) dan akan memastikan premis dirompaknya bebas dari kehadiran pelajar sekolah.

"Malah Botak Chin memberitahu, ada ketikanya dia hanya merompak menggunakan psitol yang tidak berisi peluru bagi menggelakkan kecederaan atau kematian mana-mana pihak," tulisnya.

Ujar Dr Mahadevan lagi, Botak Chin juga pernah merayu kepada mahkamah agar organ badannya seperti mata dan buah pinggangnya didermakan kepada mereka yang memerlukan selepas dia digantung di penjara, namun ia ditolak oleh hakim kerana penjenayah itu tidak pernah mengisi borang untuk berbuat demikian!.

Menurut Dr Mahadevan selepas 19 hari dirawat di Hospital Bahagia, beliau terpaksa 'melepaskan' Botak Chin untuk ditahan di penjara kerana pihak polis menemui sebutir peluru di hospital berkenaan yang dipercayai satu ugutan dan percubaan untuk melarikan diri daripada wad hospital berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor