Pages

Friday, May 13, 2016

PEMBANTU ADUN TRAS MATI BUNUH DIRI


Pembantu peribadi ADUN Tras, Choong Siew Onn ditemui mati semalam, disyaki akibat membunuh diri dengan membakar arang.

Menurut laporan akhbar China Press, pembantu wakil rakyat DAP itu dipercayai telah mati melebihi 24 jam, selepas mayatnya ditemui terlantar di atas katil dan sudah berbau, berwarna hitam serta kembung.

Seorang ahli DAP mendedahkan, wanita berusia 33 tahun itu tinggal di sebuah bilik yang terletak di bahagian belakang pusat khidmat ADUN Tras.

Kejadian itu hanya disedari selepas Siew Onn yang masih berada di luar kawasan bertindak menghubungi pusat khidmatnya, tetapi mangsa tidak menjawab panggilan itu.

Beliau kemudiannya meminta ahli parti memeriksa keadaan mangsa di pusat khidmat itu dan setibanya di sana, mereka terhidu bau busuk yang kuat dari bilik mangsa. Punca mangsa membunuh diri masih tidak diketahui.

Ibu mangsa yang berusia 59 tahun ketika dihubungi akhbar berbahasa Cina itu memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di sana, beliau ternampak abu arang yang dibakar dalam sebuah tong kecil, selain satu botol bir dan muntahan anaknya. Sehubungan itu, beliau mengesyaki anaknya membakar arang untuk membunuh diri.

Katanya, mangsa turut meninggalkan satu nota bunuh diri kepada keluarga supaya menempatkan abu mayatnya bersebelahan suaminya di Negeri Sembilan.

Mangsa pernah berkahwin dua kali di mana perkahwinan pertamanya berakhir dengan perceraian dan anak perempuannya kini berusia 13 tahun serta dijaga bekas suaminya. Suami kedua mangsa meninggal dunia tidak lama selepas mereka berkahwin akibat serangan jantung.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor