Shah Alam - Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) berhadapan kemungkinan pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia mungkin berlaku memandangkan ia pernah berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu.
Beliau berkata, sekiranya pertindihan kerusi berlaku lagi, ia akan menurunkan peratusan pengundi kerana pengundi bosan dengan lanskap politik yang dimainkan pembangkang.
"Ia akan melihat pecahan undi khusus dalam kalangan orang Melayu dan barangkali peratusan undi yang keluar menurun kerana muak dengan politik dalaman pembangkang," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sivamurugan berkata, Pas dan Amanah harus bertemu dan berbincang bagi mengelakkan berlakunya pertindihan antara kedua parti itu.
"Pembangkang pernah ada common policy framework tetap tidak dipakai.
"Ideologi bermaksud hanya ada satu... Tak boleh lagi berasaskan perjuangan berbeza," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor