Kuala Lumpur - Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan 'Deklarasi Rakyat' telah mengumpul 1.27 juta tandatangan, khususnya yang melibatkan tandatangan secara dalam talian.
Presidennya Mustafa Abu Bakar berkata siasatan segera perlu dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap dakwaan gerakan itu yang menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
"Kami mahukan kebenaran dan mahu tahu siapa yang berbohong dalam menyatakan jumlah tandatangan terkumpul itu," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Menurutnya sekretariat Pakatan Harapan telah memaklumkan jumlah tandatangan terkumpul adalah 500,000, manakala pihak Tun Mahathir menyatakan tandatangan telah mencecah angka 1.27 juta.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sebanyak 1.07 juta tandatangan dikumpul melalui atas talian, manakala 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi direkodkan di laman sesawang alternatif Change.org.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor