New York - Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 minggu lalu tanpa mengadakan majlis secara besar-besaran.
Kekayaan Zuckerberg kini sudah menjangkau lebih kurang US51.8 billion (RM208 bilion). Ini bermakna seandainya dikira sejak hari pertama beliau dilahirkan, jumlah pendapatan hariannya selama 32 tahun adalah sebanyak US4.1 million (RM17 juta)!
Hasil kekayaan Zuckerberg yang bergantung melalui Facebook yang diciptanya mengatasi Pengasas Microsoft, Bill Gates yang kini berusia 60 tahun.
Mengikut perkiraan, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)
Sepanjang tahun lalu, saham Facebook mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.
Selain kaya, usahawan muda ini juga menikmati kebahagiaan dalam rumah tangganya setelah dikurniakan anak pertamanya hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak cadang memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan derma saham sebanyak 99 peratus bagi menangani sebarang penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat terjamin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor