Inisiatif mewujudkan teknik ‘Conquer of Mind’ berjaya merangsang kecemerlangan pelajar apabila memberi fokus kepada cara menguasai minda ketika menjawab soalan peperiksaan.
Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi berkata, usaha Empower Ecer Maran itu menjadi landasan atau tiket untuk pelajar luar bandar memperoleh teknik pembelajaran tambahan.
Menurutnya, terknik tersebut membimbing pelajar cara meningkatkan daya ingatan dengan menggunakan minda sepenuhnya tanpa gangguan yang boleh menjejaskan perhatian.
“Sekarang soalan peperiksaan menjurus kepada yang uji kemahiran berfikir maka pelajar perlu teknik sebegini.
“Difahamkan sehingga kini seramai 1,100 pelajar di daerah Maran menerima manfaat. Usaha ini beri impak positif apabila ramai pelajar peroleh keputusan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan oleh Penghulu Mukim Luit 2, Shaharil Apindi ketika merasmikan program ‘The Power of Mind’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran 2, di sini.
Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Zulkifli Ya’cob berkata, seramai 15,600 peserta program Latihan Akademik dan 7,900 peserta Latihan Kemahiran dan Kusahawanan menerima bimbingan Empower Ecer di negeri ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor