Pages

Monday, May 16, 2016

MANGSA 'ROMANCE SCAM' JANGAN MALU LAPOR POLIS


Khalid Abu Bakar


Kuala Lumpur - Mangsa penipuan sindiket 'Romance Scam' diminta jangan berasa malu dan tampil membuat laporan bagi membantu polis menjalankan siasatan sehingga berjaya menahan semua anggota sindiket terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata: "Jangan malu buat laporan, ini agar polis menyiasat dan menahan suspek yang terlibat."

Khalid berkata demikian susulan kenyataannya di laman Twitternya hari ini yang mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang berjaya menahan tiga suspek termasuk dua warga Nigeria di Cheras dan Kajang dan menyelesaikan lapan kes 'Romance Scam' melibatkan kerugian lebih RM2.1 juta.

Beliau berkata polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang ditipu kira-kira RM2 juta oleh anggota sindiket yang ditangkap itu.

Sindiket itu bukan sahaja menyasarkan wanita tempatan tetapi terdapat juga lelaki yang menjadi mangsa, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek RM80,000 dripada DRB-Hicom Berhad untuk penajaan alat pendingin hawa di Surau Al-A'limin, Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi DRB-Hicom Briged Jeneral Tan Sri Mohd Kamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor