Nilai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron terselamat apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang semalam.
Dalam kejadian 6.45 petang itu, kereta dinaiki beliau bersama pengawal peribadi dan pemandu dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka terlanggar kereta lain yang dikatakan memasuki laluan kanan dari tengah secara tiba-tiba.
Kemalangan itu mengakibatkan hadapan kereta berkenaan remuk namun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Idris dalam satu majlis di Melaka malam tadi, mengesahkan kejadian itu dan bersyukur mereka terselamat.
Menurutnya, mereka dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Majlis Tertinggi (UMNO) di Kuala Lumpur sebelum kemalangan itu berlaku.
"Sejurus kejadian, saya menaiki kereta pegawai lain dan terus menghadiri Majlis Makan Malam Negeri sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ke-4," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor