Kuala Lumpur - Karyawan terkenal, Wan Omar Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS meninggal dunia di kediamannya di Taman Seri Gombak di sini, kira-kira 5 petang semalam.
Sutung Umar RS, 68, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan kencing manis, menurut anak perempuan arwah, Murni Wan Omar, 38.
Ayah menghembuskan nafasnya ketika berada di sisi ibu saya petang tadi... memang ayah telah lama menghidap penyakit berkenaan.
"Sejak tiga tahun kebelakangan ini, ayah kerap mendapatkan rawatan dialisis di sebuah hospital swasta di Ampang," katanya kepada Bernama.
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak di sini kira-kira 8 malam tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rihan Mohd Salleh, 63, seorang anak perempuan dan dua lelaki serta seorang cucu.
Sutung Umar RS yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan sangat dikenali di pentas seni tempatan.
Allahyarham yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya pernah bertugas di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera dan di Bahagian Majalah DBP.
Arwah turut bertugas sebagai Editor Kumpulan Majalah terbitan DBP sebelum menyertai Kumpulan Berita Harian.
Antara karya popular yang dihasilkannya adalah Makyung, Wau Bulan, Taburkan Bunga, Kampung Halaman dan Api Cinta.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor