Shah Alam - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak dan bayi perempuan yang ditinggalkan.
Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Subang Jaya, Raja Norul Fazzilla Raja Halim berkata, pengesanan itu bagi membantu urusan kebajikan dan penempatan
Dalam kenyataannya, beliau berkata, kanak-kanak tersebut adalah Dhia Zara Azzalea yang kini berusia dua tahun ditemui orang awam di bawah pokok di SS15 Subang Jaya pada 5 Mac 2014 jam 10 malam.
“Seorang lagi bayi perempuan yang tidak bernama, berusia dua bulan ditemui orang awam di hadapan Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Menurutnya, kes Dhia Zara akan disebut pada 19 Mei ini di Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya.
Beliau berkata, waris kanak-kanak diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, di talian 03-56343095.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor