Pages

Thursday, May 26, 2016

HASUTAN: KETUA AMANAH PERAK DIARAH BELA DIRI


mahkamah


Kuala Lumpur - Naib Ketua Pemuda Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar diperintah membela diri daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam perhimpunan #kitalawan dihadapan Kompleks Sogo tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah memerintahkan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mohd Fakhrulrazi yang juga Ketua Amanah Perak akan membuat pembelaan dengan memberikan keterangan secara bersumpah di kandang tertuduh pada 28 Jun depan.

Pada 8 September tahun lalu, Fakhrulrazi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung sabitan bersalah Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman pada 21 Februari 2015.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Jaminan RM1,000 terhadap Fakhrulrazi yang sebelum ini merupakan bekas Bendahari Pemuda Pas dilanjutkan sehingga selesai prsiding bela diri.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor