Pages

Tuesday, May 31, 2016

DITAHAN POLIS DEK KERANA ENAM BIJI MANGGA



Ditahan polis dek kerana enam biji mangga


Uttar Pradesh - Polis menahan dua lelaki berjiran yang bertelingkah hanya kerana berebut enam biji mangga di kampung Mungawar, Varanasi di India.

Polis berkata, Ramji Yadav dan Hakim Yadav adalah merupakan pemilik bersama sepohon pokok mangga.

Ramjiv memetik 24 biji mangga pada petang Jumaat dan mengagihkan mangga tersebut.

Hakim mendakwa dia hanya mendapat enam biji mangga dan menegaskan dia sepatutnya diberikan 12 biji mangga.

Tuntutan tersebut menimbulkan pertelingkahan antara kedua lelaki itu dan Hakim kemudian bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua balai polis Rajatalab, Sub Inspektor Deendayal Pandey berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia cuba menenangkan kedua-dua lelaki itu dan menasihatkan Hakim supaya memetik lagi enam biji mangga bagi mengelakkan pertikaian berterusan.

Namun Hakim tetap mahukan enam daripada mangga yang telah dipetik oleh Ramji menyebabkan rundingan menemui jalan buntu.

"Kami berusaha untuk mendamaikan kedua jiran tersebut dengan meminta Hakim untuk memetik enam biji buah mangga, namun enggan dan menyebabkan mereka ditahan," katanya dipetik Hindustantimes.

Majistret sub-divisyen, Tribhuvan Ram meminta kedua-dua pihak mencapai kata sepakat namun mereka tetap berdegil dan Ram mengarahkan mangga itu dirampas dan dakwaan difailkan ke atas kedua-dua pihak bertelagah yang membawa penahanan mereka.
 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor