Kuala Lumpur - Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? yang diadakan di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur, mulanya berlangsung tenang bertukar agak panas dan tegang apabila panel dalam debat itu bertegang urat.
Suasana debat mulai kecoh apabila soalan yang ditanya oleh bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak dijawab oleh Chegubard.
"Apa rancangan kamu untuk selamatkan Malaysia (sekiranya tidak bersetuju dengan Deklarasi Rakyat), tanya Ambiga kepada Chegubard.
Namun jawapan Chegubard terhadap soalan Ambiga itu 'berbelok-belok' (menjawab soalan berbaur politik) sehingga menimbulkan kemarahan daripada pasukan yang penyokong Deklarasi Rakyat iaitu terdiri daripada Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan.
"Jawab ya atau tidak," kata pasukan penyokong Deklarasi Rakyat.
Namun Chegubard berterus-terusan tidak menjawab soalan tersebut sehingga menyebabkan ada peserta yang menghadiri debat itu, mula masuk campur dengan menjerit sila jawab.
Sehingga menimbulkan suasana tegang dalam dewan itu, namun suasana tegang itu berjaya ditenangkan oleh penganjur dan suasana debat kembali tenang selepas itu.
Debat Perdana di anjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor